Tuesday, January 18, 2011

intro - pelajaran (academic) | Kyōiku

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. 

Akedemik merupakan isi penting bagi blog ini sebernarnya. cuma cara penyampaian yang agak berbeza daripada anda pergi ke kelas atau bilik kuliah. Saya dengan seberapa upaya saya akan memastikan setiap entri dalam katergori ini memberi kefaman berterusan seterusnya membantu para pelajar cemerlang dalam pelajaran khususnya dalam bidang sains komputer dan sistem maklumat. ya. Sesuatu kejayaan tidak mungkin kita kecapi tanpa rasa jemu dan bosan menyelubungi diri kita. kita harus sedar bahawa pembelajaran di dalam kelas bukan lah segalanya dalam proses pembelajaran kita di universiti. Walhal pembelajaran berterusan iaitu self learning sangat penting dalam meningkatkan kefahaman serta kemahiran kita dalam sesuatu subjek atau perkara.
ewaaah.. macam Dr Fadhilah Kamsah pulak dah..



by the way, saya akan cuba mengimpretasikan (betulkan kalau salah) cara penyampai dengan lebih mudah untuk difahami dan lebih mesra pelajar. yakinlah..
oleh itu, di sini saya ingin menjelaskan beberapa kategori yang menjadi pecahan dalam kategori akedemik ini,

1. pengaturcaraan @ programming
    merupakan satu subjek "kegemaran" para pelajar sains komputer terutama bidang kejuruteraan perisian.
    antara bahasa yang akan menjadi pilihan utama ialah c++, java, mySQL, ASP.net, HTML, dan  sebagainya.

2. rangkaian @ networking
merupakan subjek kegemaran pelajar bidang rangkaian dan keselamatan. Mengetengahkan konsep-konsep penting dalam subjek ini. jawapan CCNA juga akan diketengahkan sebagai panduan.hehe

3. subjek-subjek lain yang dirasakan perlu
terdapat banyak subjek-subjek yang saling bersangkut paut dan dalam hal ini akan saya ketengahkan bagaimana merungkai perkaitan anatara setiap subjek dengan teliti dan cermat. fuuuh.. banyak kijo nieh.

diharapkan para pelajar yang bersungguh-sungguh dalam pelajaran sentiasa update dengan entri-entri yang akan menyusul akan datang.
ini kerana, perkongsian bijak antara pihak fakulti dan para pelajar serta pihak yang lain ingin menyampaikan maklumat dengan cara yang terbaik melalui blog seperti ini.. diharapkan juga para pelajar boleh bookmark page ini..

sekian,
yang merendah diri

No comments:

Post a Comment