Monday, February 14, 2011

c++ | pengenalan

Pengaturcaraan merupakan satu element yang terpenting dalam menghasilkan sesuatu perisian. Baik perisian yang kecil apatah lagi yang besar. Pada hari ini, pelbagai bahasa pengaturcaraan telah dicipta demi memenuhi keperluan tertentu. C++ merupakan bahasa pengaturcaraan pilihan utama pada masa sekarang dan digunakan dengan meluas dalam kebanyakan "software house" di serata dunia.

SEJARAH

C++ adalah bahasa pengaturcaraan yang telah ditambah baik daripada bahasa sebelumnya iaitu C. Sekarang, C# merupakan bahasa pengaturcaraan yang menggabungkan C++ dan C. Namun, sebelum kita belajar C#, kita haruslah mahir dalam C++.

KOMPILER

Pada hari ini, tedapat bermacam-macam jenis compiler yang telah dibangunkan bagi menyokong pembangunan aplikasi yang ditulis menggunakan bahasa C++ ini.
 antara compiler terkenal ialah :
  1. BORLAND C++
  2. DEV C++
  3. TURBO C++
 kompiler amat penting dalam menulis pengaturcaraan C++ ini juga bahasa yang lain seperti JAVA, COBOL dan lain-lain.

INSTALL KOMPILER


Baiklah, pertama sekali, access link ini bagi mendapatkan kompiler yang percuma dan mudah unutk digunakan.
>>http://sourceforge.net/projects/dev-cpp/<<

sekian,
yang merendah diri

Tuesday, January 18, 2011

intro - pelajaran (academic) | Kyōiku

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. 

Akedemik merupakan isi penting bagi blog ini sebernarnya. cuma cara penyampaian yang agak berbeza daripada anda pergi ke kelas atau bilik kuliah. Saya dengan seberapa upaya saya akan memastikan setiap entri dalam katergori ini memberi kefaman berterusan seterusnya membantu para pelajar cemerlang dalam pelajaran khususnya dalam bidang sains komputer dan sistem maklumat. ya. Sesuatu kejayaan tidak mungkin kita kecapi tanpa rasa jemu dan bosan menyelubungi diri kita. kita harus sedar bahawa pembelajaran di dalam kelas bukan lah segalanya dalam proses pembelajaran kita di universiti. Walhal pembelajaran berterusan iaitu self learning sangat penting dalam meningkatkan kefahaman serta kemahiran kita dalam sesuatu subjek atau perkara.
ewaaah.. macam Dr Fadhilah Kamsah pulak dah..



by the way, saya akan cuba mengimpretasikan (betulkan kalau salah) cara penyampai dengan lebih mudah untuk difahami dan lebih mesra pelajar. yakinlah..
oleh itu, di sini saya ingin menjelaskan beberapa kategori yang menjadi pecahan dalam kategori akedemik ini,

1. pengaturcaraan @ programming
    merupakan satu subjek "kegemaran" para pelajar sains komputer terutama bidang kejuruteraan perisian.
    antara bahasa yang akan menjadi pilihan utama ialah c++, java, mySQL, ASP.net, HTML, dan  sebagainya.

2. rangkaian @ networking
merupakan subjek kegemaran pelajar bidang rangkaian dan keselamatan. Mengetengahkan konsep-konsep penting dalam subjek ini. jawapan CCNA juga akan diketengahkan sebagai panduan.hehe

3. subjek-subjek lain yang dirasakan perlu
terdapat banyak subjek-subjek yang saling bersangkut paut dan dalam hal ini akan saya ketengahkan bagaimana merungkai perkaitan anatara setiap subjek dengan teliti dan cermat. fuuuh.. banyak kijo nieh.

diharapkan para pelajar yang bersungguh-sungguh dalam pelajaran sentiasa update dengan entri-entri yang akan menyusul akan datang.
ini kerana, perkongsian bijak antara pihak fakulti dan para pelajar serta pihak yang lain ingin menyampaikan maklumat dengan cara yang terbaik melalui blog seperti ini.. diharapkan juga para pelajar boleh bookmark page ini..

sekian,
yang merendah diri

Saturday, January 15, 2011

tutorial - dual boot pada pc | De~yuarubūto

tutorial 1 - operating system | sistem operasi (OS)





salam sejahtera semua.. ya.. kali ini saya akan berkongsi sebuah tutorial dimana kita boleh menginstall, memasang dua sistem operasi pada satu-satu komputer atau PC. 
anda kenal perisian back track? back track merupakan salah satu aplikasi yang diguna pakai untuk "hack" wifi ataupun W-Lan. Tapi tutorial ini bukan berkisar unutk hack wireless orang. (mungkin post akan datang dalam kategori hacking). back track yang dimaksudkan ini adalah LINUX  OS. anda tahu bukan LINUX ataupun UNIX ini? ha..

tutorial ini akan menginstall LINUX back track ke dalam Windows OS.


1st skali, dapatkan dahulu iso Backtrack. 
Ambil Disini.. 
altenatif, ambil di sini..

Then, boleh burn ISO file yang sudah download itu tadi dengan menggunakan apa-apa perisian yang boleh burn ISO file itu tadi. contoh : nero burner, magic ISO, DAEMON tools lite dan sebagainya.

P/S: engat burn fizikal CD or DVD. bukan burn macam gitu jer.
 

kemudian, buat 2 partition…(1 untuk system Backtrack,1 lagi utk swap OS)

kemudian, apabila dah siap semua,  restart laptop/pc.


kemudian, masuk BIOS. (biasanya tekan <F2>) Set kan boot option/sequence korg utk boot dari CD/DVD Backtrack yang korg dh burn td.

kemudian, biarkan laptop/pc berada dalam loading sampai la masuk dalam Backtrack

Langkah seterusnya, rujuk gambar di bawah ini mengikut turutan.


klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas.

klik pada .sh yang ada pada desktop tersebut untuk start install.


pilih lokasi yang bersesuaian
biarkan sahaja default keyboard layout
cara/lokasi instalasi. Pilih manual
pilih partition yang sudah dibuat pada awal tadi untuk install Backtrack
"Tick” utk format dan pilih sebagai “root”
Check “boot loader” untuk install di mana. Atau jangan ubah apa-apa untuk lebih selamat
Klik “install” utk mulakan proses installation
Tunggu sehingga habis proses instalasi



Bila dah siap install,akan keluar popup utk restart. Boleh keluarkan cd, kemudian restart laptop/pc itu tersebut.

Korang akan nampak ada pilihan untuk pergi ke Microsoft Windows atau “Ubuntu”. Ubuntu itu sebenarnya ialah Backtrack.


sumber

sekian,
yang merendah diri

humor - did you know? |adakah anda mengerti? | Anata ga shitte iru nodesu ka?

ENCYKLOAPADIA:FAKTA YANG JARANG DI KETAHUI OLEH MANUSIA.

1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.



2. Tahukah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.



3. Tahukah anda, sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan



4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.



5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.



6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.



7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.



8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.



9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.



10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.



11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.



12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.



13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kitaakan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita. 


di petik dr sumber Ujang.


sekian, 
yang merendah diri

Friday, January 14, 2011

intro - hacker | Hakku

salam sejahtera semua.. semoga berbahagia selalu bersama orang yang tersayang...
entri kali ini merupakan pengenalan kepada sebuah entry yang kontroversi yang selalu dikaitkan dengan sains komputer.. HACKING! menggondam..

adakah blog ini akan berkongsi maklumat mengenai cara-cara menggondam? cara-cara menghack? hahaha.. kita tunggu.. jawapanya ada pada post akan datang...

pengenalan

apakah hack itu??
hacking atau menggondam merukan satu aktiviti atau proses yang dilakukan untuk tujuan yang tertentu..

adakah hack ini salah??
hack adalah salah. tapi tidak semstinya salah.

adakah hack ini boleh menyebabkan anda ditahan oleh pihak berkuasa??
ya, bergantung kepada tahap kesengalan yang ditonjolkan

apakah kepentingan hack ini??
macam-macam, bergantung kepada tujuan seseorang hackers

jadi...

adakah anda berminat untuk menjadi hackers??
nantikan siri-siri entry yang akan datang dalam menerangkan dengan lebih lanjut mengenai hack ini..


sekian,
yang merendah diri

intro - tips | Hinto

salam semua... smoga hari yang yang dipandang hari ini lebih baik daripada semalam..

pada entri kali ini gua ada berita baik punya.. (cheee)

seriously...

gua akan memperkenalkan salah satu sub topik pada blog ini....

tips.....
apakah itu tips dalam konteks acedemic resourse ini??

yaa... tips adalah sub topik dimana sebarang tips yang berguna akan dikongsi bersama dalam meningkatkan lagi tahap kemahiran penggunaan komputer pada masa sekarang. hal ini demikian kerana:

  1. level resource yang semakin membukit pada hari ini.
  2. terdapat banyak software yang dapat assist kita dalam kerja seharian
  3. meningkatkan kecekapan penggunaan komputer kerana kita kan student sains komputer, malu lah kalau kita ada skill yang cetek jer dalam meggunakan komputer kan.
  4. membuktikan bahawa kita (pelajar sains komputer) benar-benar mahir dalam bab perkomputeran)
  5. memastikan bab komputer ini dihujung jari kita sahaja.
  6. up to date dengan perkembangan teknologi komputer sangat cepat membangun pada zaman sekarang
  7. banyak lagi lah.. 
  8. buktikan dekat mak mertua bahawa kita boleh diharap untuk kerja-kerja berkaitan komputer. hehe
jadi..

ade beberapa attribute sudah dikenal pasti bagi memastikan objektif blog ini tercapai..
antaranya:
  • applikasi (software)
  • perkakas (hardware)
  • rangkaian (networking)
  • internet (internet)
so..

ape tunggu lagi, pastikan anda tidak ketinggalan mendapatkan tips-tips ini semua akan datang..
go-go chaiyukk!! yeahh

sekian,
yang merendah diri

info - sains komputer (CS) V.S kejuruteraan perisian(SE) | Konpyūtasaiensu VS Sofutou~ea kōgaku

salam sejahtera dan selamat pagi semua.. pagi yang sepoi-sepoi hari ini... sungguh menenangkan jiwa! Alhamdulillah..  (L.A.F)

topik kita pada kali ini agak panjang dimana kita akan membincangkan kaitan sains komputer dan juga kejuruteraan perisian (kos saya).. hehe

Terdapat banyak perdebatan bagi membezakan sains komputer dan kejuruteraan perisian. Apa yang dapat disebut disini bahawa, sains komputer merupakan nota teori manakala kejuruteraan perisian merupakan praktikal kepada teori tersebut, tetapi adakah layak untuk kita menyatakan sebegitu rupa?hehe 


Kita mungkin bersetuju bahawa pembangunan perisian harus kejuruteraan. Membangun aplikasi perisian harus menjadi seperti membina jambatan.  Masalah sebenarnya yang wujud  adalah bahawa dunia pada hari ini tidak sebegitu..

Joel Spolsky menyebut tentang tiga tahapan dalam pembangunan perisian :
  1. Design  - keperluan seorang seniman. (seperti saya)
  2. Membina -  keperluan jurutera (seperti saya)
  3. Debugging  - keperluan seorang saintis (seperti saya)
Apabila pada bangunan sudah ada kejuruteraan, kita hanya perlu untuk mengetahui, apakah reka bentuk dan debugging boleh dibuat kejuruteraan.  
Jika anda menggunakan rangka kerja seperti Rails, anda tidak perlu merancang (terlepas dari CSS dan URL). Jenis menyemak dan pengesahan(check and validate) boleh membantu untuk meninggalkan proses debugging.
 
Pemaju perisian menjelaskan keperluan untuk pekerjaan sebagai pemaju perisian :
  1. kemahiran komunikasi "Para pemaju terbaik seringkali orang-orang yang boleh menjelaskan masalah dan penyelesaian yang paling jelas kepada orang lain".
     
  2. pasukan "Sangat sedikitpembangun perisian benar-benar bekerja sendirian"
  3. ketrampilan analitis, khususnya di sekitar masalah ambigu "Sangat penting bahawa pemaju memahami maksud dari apa yang mereka sedang diminta untuk melakukan serta implikasi daripada penyelesaian yang mereka fikirkan dan dapat berat badan dan berkomunikasi ini"
  4. proses pembangunan "Tak satu teori-mereka harus bekerja pada pasukan yang menggunakan formal, down-top proses pembangunan, pembangunan gesit, pasukan dengan pemaju lain, pasukan dengan proses ujian, dan seterusnya"
  5. kemampuan untuk belajar dengan cepat daripada masalah yang pernah dihadapi serta peluang yang terlepas dan sebagainya.

  6. kecekapan dalam beberapa bahasa pengaturcaraan "C + + adalah biasanya suatu keharusan; C # atau beberapa bahasa dikendalikan-kod lain juga wajib, kecekapan dalam satu bahasa dinamik, seperti JavaScript, juga harus hadir dan lulusan mesti mempunyai kemampuan untuk tahu mana yang harus digunakan ketika. "
Masih ada bahagian yang besar, di mana ilmu komputer dan kejuruteraan perisian berpotongan. Seseorang perlu membina perpustakaan standard dan sambungan. Seseorang harus memahami matematik untuk multimedia dan pelaksanaannya.
Untuk pembangunan (web atau desktop) aplikasi umum, anda tidak perlu untuk belajar ilmu komputer. Hal ini menyebabkan saya sampai pada kesimpulan bahawa pendidikan kejuruteraan perisian dapat dipisahkan dari ilmu pengetahuan komputer awam. Adakah anda bersetuju?

kesimpulan : kejuteraan perisian memainkan peranan yang penting dalam pembangunan aplikasi atau perisian dalam menyediakan perisian yang berkualiti tinggi disamping memenuhi kehendak pengguna dan seterusnya memacu perkembangan pembangunan perisian itu sendiri pada dunia.
sains komputer pula menyediakan ruang dan peluang pada kejuruteraan perisian dalam membangunkan perisian yang dicitakan kerana, tanpa sains komputer kejuruteraan perisian akan bertindak tanpa hala tuju yang jelas seterusnya menggelapkan harapan untuk membina perisian yang berkualiti memenuhi harapan dan cita kepenggunaan pengguna.


sekian,
yang merendah diri