Showing posts with label introduction. Show all posts
Showing posts with label introduction. Show all posts

Tuesday, January 18, 2011

intro - pelajaran (academic) | Kyōiku

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. 

Akedemik merupakan isi penting bagi blog ini sebernarnya. cuma cara penyampaian yang agak berbeza daripada anda pergi ke kelas atau bilik kuliah. Saya dengan seberapa upaya saya akan memastikan setiap entri dalam katergori ini memberi kefaman berterusan seterusnya membantu para pelajar cemerlang dalam pelajaran khususnya dalam bidang sains komputer dan sistem maklumat. ya. Sesuatu kejayaan tidak mungkin kita kecapi tanpa rasa jemu dan bosan menyelubungi diri kita. kita harus sedar bahawa pembelajaran di dalam kelas bukan lah segalanya dalam proses pembelajaran kita di universiti. Walhal pembelajaran berterusan iaitu self learning sangat penting dalam meningkatkan kefahaman serta kemahiran kita dalam sesuatu subjek atau perkara.
ewaaah.. macam Dr Fadhilah Kamsah pulak dah..



by the way, saya akan cuba mengimpretasikan (betulkan kalau salah) cara penyampai dengan lebih mudah untuk difahami dan lebih mesra pelajar. yakinlah..
oleh itu, di sini saya ingin menjelaskan beberapa kategori yang menjadi pecahan dalam kategori akedemik ini,

1. pengaturcaraan @ programming
    merupakan satu subjek "kegemaran" para pelajar sains komputer terutama bidang kejuruteraan perisian.
    antara bahasa yang akan menjadi pilihan utama ialah c++, java, mySQL, ASP.net, HTML, dan  sebagainya.

2. rangkaian @ networking
merupakan subjek kegemaran pelajar bidang rangkaian dan keselamatan. Mengetengahkan konsep-konsep penting dalam subjek ini. jawapan CCNA juga akan diketengahkan sebagai panduan.hehe

3. subjek-subjek lain yang dirasakan perlu
terdapat banyak subjek-subjek yang saling bersangkut paut dan dalam hal ini akan saya ketengahkan bagaimana merungkai perkaitan anatara setiap subjek dengan teliti dan cermat. fuuuh.. banyak kijo nieh.

diharapkan para pelajar yang bersungguh-sungguh dalam pelajaran sentiasa update dengan entri-entri yang akan menyusul akan datang.
ini kerana, perkongsian bijak antara pihak fakulti dan para pelajar serta pihak yang lain ingin menyampaikan maklumat dengan cara yang terbaik melalui blog seperti ini.. diharapkan juga para pelajar boleh bookmark page ini..

sekian,
yang merendah diri

Friday, January 14, 2011

intro - hacker | Hakku

salam sejahtera semua.. semoga berbahagia selalu bersama orang yang tersayang...
entri kali ini merupakan pengenalan kepada sebuah entry yang kontroversi yang selalu dikaitkan dengan sains komputer.. HACKING! menggondam..

adakah blog ini akan berkongsi maklumat mengenai cara-cara menggondam? cara-cara menghack? hahaha.. kita tunggu.. jawapanya ada pada post akan datang...

pengenalan

apakah hack itu??
hacking atau menggondam merukan satu aktiviti atau proses yang dilakukan untuk tujuan yang tertentu..

adakah hack ini salah??
hack adalah salah. tapi tidak semstinya salah.

adakah hack ini boleh menyebabkan anda ditahan oleh pihak berkuasa??
ya, bergantung kepada tahap kesengalan yang ditonjolkan

apakah kepentingan hack ini??
macam-macam, bergantung kepada tujuan seseorang hackers

jadi...

adakah anda berminat untuk menjadi hackers??
nantikan siri-siri entry yang akan datang dalam menerangkan dengan lebih lanjut mengenai hack ini..


sekian,
yang merendah diri

intro - tips | Hinto

salam semua... smoga hari yang yang dipandang hari ini lebih baik daripada semalam..

pada entri kali ini gua ada berita baik punya.. (cheee)

seriously...

gua akan memperkenalkan salah satu sub topik pada blog ini....

tips.....
apakah itu tips dalam konteks acedemic resourse ini??

yaa... tips adalah sub topik dimana sebarang tips yang berguna akan dikongsi bersama dalam meningkatkan lagi tahap kemahiran penggunaan komputer pada masa sekarang. hal ini demikian kerana:

  1. level resource yang semakin membukit pada hari ini.
  2. terdapat banyak software yang dapat assist kita dalam kerja seharian
  3. meningkatkan kecekapan penggunaan komputer kerana kita kan student sains komputer, malu lah kalau kita ada skill yang cetek jer dalam meggunakan komputer kan.
  4. membuktikan bahawa kita (pelajar sains komputer) benar-benar mahir dalam bab perkomputeran)
  5. memastikan bab komputer ini dihujung jari kita sahaja.
  6. up to date dengan perkembangan teknologi komputer sangat cepat membangun pada zaman sekarang
  7. banyak lagi lah.. 
  8. buktikan dekat mak mertua bahawa kita boleh diharap untuk kerja-kerja berkaitan komputer. hehe
jadi..

ade beberapa attribute sudah dikenal pasti bagi memastikan objektif blog ini tercapai..
antaranya:
  • applikasi (software)
  • perkakas (hardware)
  • rangkaian (networking)
  • internet (internet)
so..

ape tunggu lagi, pastikan anda tidak ketinggalan mendapatkan tips-tips ini semua akan datang..
go-go chaiyukk!! yeahh

sekian,
yang merendah diri

Monday, January 10, 2011

Kangei ! - selamat datang ke FSKSM acedemic resorce (^_^)

TERBAIK!-pengenalan @ pendahuluan @ sekapur sireh


Selamat sejahtera semua! semoga hari-hari yang ditempuh memberikan seribu satu makna dan kemanisan buat diri anda. post pertama ini akan membincangkan serba sedikit mengenai hala tuju blog bagi tujuan memberikan gambaran yang jelas kepada pelawat blog ini. okeyh! first of all,*eh, english pulak* blog ini bukan lah sesempurna blog-blog yang hebat dan manusia tiada satu pun yang sempurna, oleh hal yang demikian, diharapkan anda semua memberikan teguran dan pandangan *juga komen pada sebarang entri dalam blog ini. boleh ke tidak? boleh laa ehh..


"komputer bukan segalanya buat sains komputer tapi sains komputer adalah segalanya bagi komputer" - aku sendiri jer




BLOG INI
  1. memilih bahasa melayu sebagai bahasa perantaraan utama kerana tidak terdapat blog sebergini yang memberikan maklumat berkaitan sains komputer yang berbahasa melayu. bahasa pasar? seminimum yang mungkin. *ye ke?
  2. menyajikan topik-topik yang ilmiah serta fakta-fakta yang menarik dalam merungkai seterusnya memperkenalkan sains komputer di mata masyarakat khususnya pelajar sekolah yang masih berteka-teki untuh memilih jurusan.
    p/s: facebook best tak? macam tu la sains komputer. BEST!
  3. akan memastikan pelajar yang minat kejuruteraan jatuh hati pada keindahan sains komputer. wow!
  4. akan memastikan bukan setakat golongan muda sahaja dapat menerapkan nilai-nilai yang ada malahan golongan yang persimik atau takut-takut dengan komputer juga akan dapat memahami seterusnya menerapkan nilai-nilai yang disampaikan.

beberapa kategori topik telah saya kenal pasti dan pastinya akan saya post dari masa ke semasa.
antara topik yang akan dibincangkan...
>
>
>
>
>
>
>

haaa... nantikan.. akan muncul dalam post-post berdekatan. hee.. *jangan marah

em.. sebelum tu, apa itu sains komputer? belajar buat komputer kah? belajar menggondam web site kah? belajar membuat air kopi masa menontot video 3d di laptop atau do pc kah? belajar buka kedai cyber cafe ("cc") kah? belajar memilih "part" dalam cpu kah? belajar menulis bahasa pengaturcaraan kah? eh, bayak blajar da..
haaa....... semua persoalan itu akan terungkai pada post atau entri akan datang. tunggu....

lapar pulak.. isk2..

sekian,
yang merendah diri