Friday, January 14, 2011

info - sains komputer | Konpyūtasaiensu

salam sejahtera semua... (^_^) alwayz be heppy ok.. 

yaa.. pernah dengar istilah "sains komputer"?

Sains komputer (computer science) secara umumnya adalah satu kajian pengiraan (computation) dan pemprosesan maklumat, sama ada dari segi hardware mahupun software.Seseorang yang pakar dalam bidang perkomputeran adalah Saintis komputer. Hal ini kerana, sains komputer merupakan salah satu cabang daripada aliran sains. Skop sains komputer sebenarnya masih belum dapat dipastikan dengan jelas memandangkan bidang ini meliputi aspek yang amat luas dalam kehidupan manusia dan skopnya akan terus berkembang selari dengan perkembangan kemajuan teknologi mengikut kerangka masa yang berterusan.


Sebagai contoh, pada masa dahulu telefon bimbit lebih dikaitkan dengan bidang kejuruteraan, akan tetapi apabila teknologi telefon bimbit semakin berkembang, terdapat banyak teknologi daripada aliran sains komputer diguna pakai ke dalam alatan ini. Kemajuan robotik semakin menyerapkan elemen-elemen sains komputer seperti kepintaran buatan untuk menjadikan sesebuah robot lebih bijak.Bidang ini mendapat penawaran meluas di dalam universiti dalam dan luar negara memandangkan ia merupakan bidang yang menarik perhatian serta tempat yang meluas dalam industri. Antara perkara penting dalam sains komputer adalah Bahasa Pengaturcaraan. Bahasa pengaturcaraan adalah bahasa yang boleh digunakan untuk menulis perisian komputer. Antara bahasa pengaturcaraan yang popular ialah C, C++, dan Java. - menurut pak wikipedia.com

apa yang saya dapat simpulkan daripada ayat pak wikipedia.com itu tadi ialah, sains komputer adalah satu cabang bidang sains yang memberi impak yang besar dalam kehidupan manusia pada hari ini. Dimana sains komputer diguna pakai pada cabang-cabang yang lain terutamanya komunikasi dan robotik.
Sains komputer juga berkait rapat dengan beberapa bidang yang besangkut paut dengan ilmu perkomputeraan. Antara bidang yang bersangkut paut dengan sains komputer adalah sistem maklumat(information system), teknologi maklumat (information technology) dan lain-lain.
Apakah pula sistem maklumat dan juga teknologi maklumat itu?
Nantikan pada post entri yang akan datang..


sekian,
yang perendah diri

No comments:

Post a Comment